Covid-19: 14 kes baharu dilaporkan

0
101

CYBERJAYA – Sebanyak 14 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kepada 8,529.

Daripada kes baharu yang dilaporkan, kes penularan tempatan adalah 11 kes, manakala 3 lagi merupakan kes import.

Bagi kes tempatan, sebanyak 7 kes melibatkan warga asing, manakala selebihnya adalah warga negara Malaysia.

Sementara itu, sebanyak 127 kes dikategorikan sebagai sembuh, menjadikan angka keseluruhan yang telah sembuh dan didiscaj dari hospital kepada 8,000.

Ketika ini, sebanyak 408 kes diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai keboleh jangkitan, dan kesemua pesakit sedang menjalani rawatan di hospital.

Kes di Pusat Rawatan Rapi (ICU) kekal 4 dengan tiada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada angka kematian dilaporkan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here