Covid-19 : 19 kes baharu, 51 kes pulih

0
145

CYBERJAYA – Terdapat sebanyak 19 kes jangkitan Covid-19 hari ini menyaksikan angka itu bertambah menjadi dua angka berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada kes baharu yang dilaporkan itu , tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Menurutnya daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes membabitkan bukan warganegara dan sembilan kes adalah dalam kalangan warga tempatan.

“Dengan itu jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,226 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,540 kes,” katanya.

Selain itu katanya pertambahan 51 kes pulih itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 6,610 kes atau 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, sebanyak enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, satu kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian Covid -19, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, mengikut maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat satu pertambahan kes kematian berkaitan Covid -19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-116 (kes ke-7733) adalah lelaki tempatan berusia 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang.

“Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mei lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.20 malam tadi,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here