Covid-19: 20 kes baharu, 15 adalah kes import

0
57

CYBERJAYA – Sebanyak 20 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kesuluruhan kes positif di negara adalah sebanyak 7,877 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,292 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan dua kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, statistik hari ini juga menunjukkan sebanyak 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, sebanyak enam kes positif Covid- 19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here