Covid-19: 21 kes baharu dilaporkan

0
90

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat sebanyak 21 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Pertambahan ini menyaksikan jumlah keseluruhan kes dalam negara yang pernah dilaporkan kepada 8,556.

Daripada jumlah kes baharu dilaporkan, sebanyak 19 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala selebihnya adalah kes import.

Bagi kes tempatan, sebanyak 12 kes melibatkan warga negara, manakala 7 lagi rakyat asing.

Pecahan kes bagi warganegara adalah Selangor (10), dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Sabah.

Sementara itu, sebanyak 76 kes telah sembuh dan didiscaj dari hospital, menjadikan kes yang masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan kepada 289 kes.

Tiada laporan kematian dicatatkan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here