Covid-19: 3 kes import, 1 kes jangkitan tempatan dilaporkan hari ini

0
82
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4 kes positif Covid-19, hari ini.

Menurut kenyataan KKM, tiga daripada kes yang dilaporkan itu merupakan kes import, manakala 1 lagi adalah kes jangkitan tempatan yang melibatkan warganegara.

“Bagi jangkitan tempatan, kes ini dikesan hasil saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) terhadap seorang lelaki berusia 43 tahun di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,” kata kenyataan itu.

Kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan setakat ini kepada 8,600.

Sementara itu, sebanyak 40 kes telah diklasifikasi sebagai sembuh dan telah didiscaj dari hospital, menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih kepada 8,271.

Setakat ini, terdapat 208 kes yang diklasifikasi sebagai aktif dan mempunyai kebolehjangkitan masih dirawat di hospital, dengan dua kes masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Tiada kes kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat wabak ini kekal 121.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here