Covid-19: 333 pulih, dibenarkan discaj hari ini

0
139
NOOR HISHAM ABDULLAH

CYBERJAYA – Angka kes aktif Covid-19 di dalam negara semakin menurun apabila seramai 333 pesakit lagi disahkan pulih dan dibenar discaj dari hospital, hari ini.

Menurut paparan yang dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di akaun media sosial miliknya, setakat hari ini, terdapat sebanyak 651 kes aktif yang mempunyai kebolehjangkitan masih menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah tersebut, empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada kes kematian dilaporkan setakat ini.

Dalam pada itu, sebanyak 11 kes baharu dilaporkan hari ini, dengan 10 kes akibat jangkitan tempatan dan selebihnya kes import.

Bagi kes jangkitan tempatan, empat kes melibatkan warganegara, manakala selebihnya warga asing.

Berdasarkan taburan kes, Negeri Sembilan mencatatkan pertambahan tertinggi dengan empat kes, diikuti Sarawak (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing satu kes di Selangor dan Johor.

Mulai minggu ini, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi mengadakan sidang akhbar harian, sebaliknya hanya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here