Covid-19: 38 kes baharu termasuk 26 kes import

0
72
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 26 daripada 38 kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,338 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Gambar hiasan

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 51 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 6,404 kes dengan kadar kesembuhan 81.51 peratus.

“Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here