Covid-19: 6 kes baharu dalam negara hari ini

0
88
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Negara merekodkan pertambahan sebanyak 6 kes positif Covid-19, hari ini.

Daripada jumlah itu, 4 kes merupakan jangkitan tempatan yang melibatkan warganegara, dan selebihnya adalah kes import.

“Kesemua empat kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Selangor mencatatkan 3 kes, manakala satu lagi di Sarawak,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 45 kes lagi telah diklasifikasikan sebagai telah pulih dan telah didiscaj dari hospital.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah (sebanyak) 244 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan (di hospital),” kata Dr. Noor Hisham lagi.

Tiada angka kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 121. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here