Covid-19 : 93 kes baharu, hanya dua kes melibatkan warganegara

0
93

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Hanya dua kes baharu Covid-19 direkodkan melibatkan warganegara daripada 93 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 91 kes melibatkan bukan warganegara di mana 55 kes adalah dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas.

“Dengan pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,324 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,531 kes atau 81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

“Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes atau1.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sebanyak enam kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here