Covid-19: Angka kes positif seluruh dunia lepasi 9 juta

0
100

CYBERJAYA – Jumlah kes positif wabak Covid-19 kini melepasi 9 juta apabila sebanyak 9,079,452 kes dilaporkan di seluruh dunia.

Menurut portal The Guardian, angka ini diperoleh menerusi Universiti Johns Hopkins yang melakukan kompilasi laporan kes.

Sementara itu, angka kematian keseluruhan kini menghampiri setengah juta, dengan sebanyak 471,754 pesakit telah kehilangan nyawa.

Amerika Syarikat menduduki tangga pertama dengan kes positif sebanyak 2.3 juta, dan 120,402 kematian.

Sementara itu, di China, sebanyak 22 kes positif baharu direkodkan, dengan 13 daripadanya dilaporkan di Beijing.

Dalam masa yang sama, terdapat tujuh lagi kes positif namun penghidapnya tidak menunjukkan sebarang simptom dilaporkan, namun kerajaan China tidak memasukkannya dalam senarai kes yang disahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here