Covid-19: Beijing berjaya kawal gelombang terbaharu

0
97

CYBERJAYA – Pihak berkuasa kesihatan di Beijing hari ini mengumumkan penularan wabak Covid-19 yang melanda bandar raya tersebut kini berjaya dikawal.

Menurut portal berita The Guardian, hari ini, jumlah kes baharu dilaporkan adalah sebanyak 21 menjadikan angka keseluruhan kes yang sudah disahkan sejak 11 Jun lalu kepada 158.

Kesemua kes ini dikesan berasal daripada sebuah kluster di sebuah pasar di Xinfandi, di timur laut bandar raya tersebut.

“Ketika ini, wabak ini berjaya dikawal sepenuhnya,” kata Ketua Epidemiologis, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China, Wu Zunyou.

“Apabila saya berkata ‘berjaya dikawal’, ini tidak bermakna jumlah kes akan menjadi sifar esok atau pada hari seterusnya.

“Trend ini (kes positif) akan berterusan buat seketika, namun jumlah kes baharu akan makin menurun, seperti mana yang berlaku pada Januari dan Februari lepas,” kata Wu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here