Covid -19: Boleh sambung kuarantin di rumah bermula 10 Jun

0
220
Rakyat Malaysia yang masih menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin, boleh menyambung proses itu di kediaman masing-masing bermula 10 Jun ini.

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia yang masih menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin, boleh menyambung proses itu di kediaman masing-masing bermula 10 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka boleh berbuat demikian selepas memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka yang pulang dari luar negara tidak lagi perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin sebaliknya di rumah masing-masing.

Ismail Sabri

“Sebagai contoh, katakanlah mereka mula dikuarantin di pusat bermula 9 Jun, namun 10 Jun mereka boleh keluar dan kuarantin diri sendiri di rumah selepas memuat turun MySejahtera. Tak kisah walaupun hanya sehari dikuarantin di pusat kuarantin,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here