Covid-19: Enam kes baharu hari ini

0
133

CYBERJAYA- Sebanyak enam kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini dengan lima daripadanya merupakan kes import dan satu penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 8,606 kes dan jumlah kes aktif 191 kes.

Beliau berkata, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) bagaimanapun, tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Pada hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dan kumulatif kematian kekal pada 121 kes. Pada hari ini terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah 8,294 kes bersamaan dengan 96.4 peratus dari jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here