Covid-19: Gusar gelombang kedua, penduduk 10 perumahan dikenakan perintah kuarantin

0
601
Anggota perubatan sedang bersedia untuk memasuki salah sebuah kawasan perumahan yang dikenakan perintah kuarantin di bandar Haidian, China. – AGENSI

CYBERJAYA – Pihak berkuasa Beijing mengumumkan penutupan 10 kawasan perumahan dengan para penduduknya diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Menurut portal The Guardian, perintah ini berikutan penemuan ‘beberapa kes’ baharu Covid-19 yang mempunyai kaitan dengan satu kluster yang berpunca dari pasar Xinfadi.

Menurut pihak berkuasa, kawasan perumahan berhampiran pasar Yuquandong di bandar Haidian itu mula dikenakan perintah tersebut bermula tengah malam tadi, dan kesemua penduduk turut diarahkan untuk menjalankan ujian palitan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah memulakan ujian besar-besaran terhadap pekerja pasar dan pelanggan pasar Xinfadi.

Setakat ini, sebanyak 10,000 ujian palitan telah dijalankan, dan menurut pihak berkuasa, sebanyak 46,000 lagi ujian akan dijalankan terhadap penduduk di kawasan tersebut.

Setakat hari ini, sebanyak 49 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan 36 daripadanya di Beijing, yang mempunyai kaitan dengan kluster di pasar tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here