Covid-19: Hanya 3 kes positif dilaporkan hari ini

0
235

CYBERJAYA – Hanya tiga kes positif Covid-19 dilaporkan hari, dengan semua kes tersebut adalah berkaitan jangkitan tempatan.

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM), satu kes dilaporkan melibatkan warga tempatan, manakala dua lagi melibatkan bukan warga negara.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di dalam negara adalah sebanyak 8,590 kes.

Sementara itu, 9 lagi kes diklasifikasi sebagai telah pulih dan telah didiscaj dari hospital, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah pulih kepada 8,186 kes.

Ketika ini, sebanyak 283 kes aktif yang mempunyai kebolehjangkitan masih dirawat di hospital, dengan 3 kes daripada jumlah itu dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kematian kekal 121 kerana tiada kes kematian dilaporkan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here