Covid-19: Jumlah kematian melepasi 400,000

0
62

CYBERJAYA- Jumlah kematian Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 400,000 dan jumlah kes disahkan mencecah 6.9 juta, lapor agensi berita Sputnik memetik data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, korban di seluruh dunia meningkat sebanyak 3,469 menjadi 400,857 dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara jumlah kes pula meningkat sebanyak 131,296 kepada 6,931,000.

Sebilangan besar kes jangkitan dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) iaitu sebanyak 3,311,387, dengan 181,804 kematian.

Menurut laporan Bernama, WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak pada 11 Mac lalu.

Mengikut data Johns Hopkins University, jumlah kes seluruh dunia melebihi tujuh juta dengan lebih 405,000 kematian manakala lebih 3.1 juta pesakit pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here