Covid-19 kembali ke New Zealand

0
167

CYBERJAYA – New Zealand kini mempunyai sembilan kes aktif Covid-19, apabila semakin ramai rakyatnya pulang dari luar negara, kata portal The Guardian.

Sebagai rekod, Perdana Menteri, Elizabeth Arden telah mengumumkan negara tersebut bebas daripada wabak itu pada 8 Jun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Ashley Bloomfield, kes positif terbaharu melibatkan seorang gadis yang tiba dari Islamabad, Pakistan.

“Bagaimanapun, ahli keluarganya didapati negatif setelah ujian dijalankan,” kata Bloomfield dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Beliau menambah, gadis tersebut hanya menunjukkan simptom hidung berair.

Wabak Covid-19 mula dilaporkan di negara tersebut sejak Sabtu lalu apabila dua orang wanita yang baru tiba dari United Kingdom disahkan positif setelah dikecualikan dari menjalani proses kuarantin bagi mengunjungi kematian saudara terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here