Covid-19: Kes positif India keempat tertinggi dunia

0
85

CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 di India menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 15,968 kes baharu dilaporkan di negara tersebut, hari ini.

Setakat ini, negara tersebut mencatatkan kes keempat tertinggi dunia dengan jumlah keseluruhan 456,183 kes di belakang Amerika Syarikat, Rusia dan Brazil.

Menurut laporan Associated Press, bandar Mumbai dan New Delhi menjadi penyumbang utama kepada pertambahan angka tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan India, sebanyak 475 kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh yang sama, menjadikan keseluruhan kes kematian kepada 14,476.

Dalam pada itu, kementerian itu turut menambah, kadar kesembuhan dalam kalangan pesakit yang dijangkiti kini pada kadar 56.38 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here