Covid-19: Malaysia tangguh hantar jemaah haji

0
55

Gambar hiasan

CYBERJAYA – Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata penangguhan penghantaran itu dibuat dengan mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.

“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 Hijrah ditangguhkan ke tahun depan.

“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, keputusan tersebut juga sudah dimaklumkan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohammed Saleh Taher Banten menerusi Duta Arab Saudi ke Malaysia.

Sementara itu, ditanya mengenai jika terdapat penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan keputusan yang diambil itu, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan bahawa jemaah haji yang tidak dapat menunaikan ibadat tersebut pada tahun ini boleh menuntut semula bayaran yang dibuat sebelum ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here