Covid-19: Perlu ada penjarakan penumpang dalam bas

0
156
Ismail Sabri

CYBERJAYA – Pengusaha bas masih tidak dibenarkan membawa penumpang dalam kapasiti penuh.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah syarat prosedur operasi standard (SOP) yang mesti dipatuhi pengusaha kenderaan awam.

Katanya, larangan berkenaan bagi memastikan penjarakan sosial diamalkan di kalangan penumpang bas.

“Kalau kapasiti penuh tentu saja tiada penjarakan sosial di dalam bas. Lebih-lebih lagi siapa (penumpang) yang turun naik tidak ada direkodkan.

“Jika ada kes jangkitan dalam kalangan penumpang bas, tentu sukar untuk kesan mereka yang berada dalam bas ketika itu,” katanya.

Pengusaha bas masih tidak dibenarkan membawa penumpang dalam kapasiti penuh. Foto internet.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rayuan pengusaha bas agar diberi kebenaran untuk tidak melaksanakan penjarakan sosial dengan muatan penumpang berkapasiti penuh.

Sebelum ini, media melaporkan pengusaha bas di Kelantan memohon kerajaan memberi kelonggaran tiada penjarakan sosial dilakukan dalam bas ekspress, bagi mengelak lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung.

Sebelum ini, setiap bas boleh membawa 48 penumpang, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kerajaan menetapkan hanya boleh membawa 50 peratus penumpang iaitu 24 penumpang sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here