Covid 19 : PM, 35 pegawai kerajaan disahkan negatif

0
76

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 35 pegawai kerajaan yang mengadakan pasca mesyuarat Kabinet pada 22 Mei lalu bebas jangkitan Covid-19.

“Hari ini adalah hari ke-14 mereka dikuarantinkan, kita telah ambil ujian saringan kali kedua dan keputusannya didapati negatif.

“Tiada seorang pun yang positif, jadi mereka akan meneruskan tugas-tugas mereka di pejabat,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan perkembangan seorang pegawai kerajaan yang disahkan positif kini telah menunjukkan perkembangan yang baik.

“Pegawai yang positif Covid-19 itu menunjukkan tanda-tanda sembuh dan saringan terhadap beliau masih lagi positif,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here