Covid-19: Satu mutasi dikenal pasti tingkatkan kemampuan koronavirus jangkiti sel perumah

0
539

CYBERJAYA – Satu mutasi pada SARS-CoV-2 dikenal pasti mampu meningkatkan kemampuannya secara signifikan untuk menjangkiti sel perumah.

Menurut portal The Guardian, kajian oleh Scripps Research dari Amerika Syarikat (AS) mendapati, satu mutasi yang dinamakan sebagai D641G menyebabkan coronavirus yang mengakibatkan Covid-19 itu, mempunyai lebih reseptor untuk melekatkan dirinya pada sel perumah.

Kajian ini, secara signifikannya, menjelaskan mengapa kes jangkitan di beberapa buah negara masih mampu dikawal berbanding wabak yang melanda Itali dan AS.

“Mutasi ini membuatkan setiap sel koronavirus itu menjadi 4 hingga 5 kali ganda lebih padat dengan reseptor,” kata salah seorang pengkaji yang terlibat, Hyeryun Choe.

Bagaimanapun, para pengkaji berkata, mereka masih belum mengetahui sama ada mutasi ini meningkatkan gejala individu yang dijangkiti, atau meningkatkan risiko kematian.

Buat masa ini, kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan dapatan ini.

Kajian sebelum ini mengesahkan SARS-CoV-2 sedang bermutasi dalam menjangkiti manusia, dan D614G ini telah dikenal pasti sebagai mutasi yang paling dominan dengan kajian selanjutnya perlu dilakukan secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here