Covid-19: Sistem imuniti bekas pesakit lemah walaupun pulih sepenuhnya

0
131

CYBERJAYA – Sistem imuniti bekas pesakit Covid-19 dilaporkan menurun walaupun telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu paparan di laman Facebook miliknya, keadaan ini berlaku kerana tubuh badan individu tersebut mengalami kekurangan antibodi IgM (immunoglobulin M) dan IgG (immunoglobulin G).

“Oleh kerana itu, individu tersebut mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti kuman lain termasuk koronavirus,” kata kenyataan itu lagi.

Susulan daripada itu, bekas pesakit Covid-19 perlu menjalani rawatan susulan dan menjalani pemantauan kesihatan yang rapi, terutamanya bekas pesakit dalam kategori empat dan lima.

“Kes kategori empat dan lima melibatkan keradangan pada paru-paru yang menyebabkan pesakit perlu mendapatkan bantuan pernafasan.

“Keradangan ini menyebabkan inflamasi pada paru-paru yang merosakkan sel dan pelbagai masalah lain,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here