Covid-19: SOP Aidiladha diumumkan kemudian

0
219
SOP sambutan Aidiladha akan ditentukan selepas perbincangan diantara KKM, MKN dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

CYBERJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidiladha akan ditentukan nanti, selepas perbincangan di antara Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata memandangkan sambutan Aidiladha dirayakan lebih sebulan setengah lagi, SOP akan ditetapkan kemudian.

“Kita akan umumkan apabila sampai masanya nanti,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri

Mengulas mengenai ziarah kubur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini, katanya, ziarah kubur dibenarkan tetapi orang ramai perlu mematuhi SOP ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Katanya, jika dulu MKN menetapkan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa, jika kawasan kubur berkenaan sempit, ziarah dinasihatkan dilakukan secara bergilir-gilir.

“Saya faham ramai yang hendak balik kampung kerana masa Aidilfitri tidak dapat berbuat demikian. Seelok-eloknya ikut SOP, penjarakan sosial dan amalan kebersihan diterus kerana kita tidak mahu ziarah kubur ini menjadi perhimpunan untuk orang ramai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here