Covid-19: Tiga kes positif baharu dilaporkan, 16 lagi dibenar discaj

0
89

CYBERJAYA – Angka kes sembuh berterusan mengatasi kes positif baharu Covid-19 apabila seramai 16 pesakit lagi dibenarkan discaj, hari ini.

Bagi kes positif pula, hanya tiga dilaporkan, melibatkan satu kes import dengan dua lagi kes penularan tempatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes tempatan ini, melibatkan warga negara dengan masing-masing satu kes di Selangor dan Sabah.

Angka positif baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan adalah 8,637 kes.

Ketika ini, terdapat 182 kes yang masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan masih dirawat di hospital.

Dan daripada jumlah itu, 4 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu terpaksa diberi bantuan pernafasan.

Angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kekal 121 apabila tiada angka kematian baharu diumumka sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here