
CYBERJAYA – Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memakluman permohonan baharu lesen minuman keras dibekukan serta merta.
Jabatan itu dalam surat pemberitahuan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen.
“Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta merta.
“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” katanya.
Surat pemberitahuan berkenaan turut dikongsikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dalam laman sosial facebook miliknya hari ini.-MT