Doakan usaha pembukaan 10 ElewsMart- Ustaz Ebit Liew

0
543

CYBERJAYA- Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Liew memohon doa orang ramai agar usahanya untuk membuka 10 ElewsMart dan Food Bank berjaya.

Berkongsi di laman sosial Facebook miliknya, Ustaz Ebit berkata, lokasi 10 ElewsMart dan Food Bank itu ketika ini masih dalam proses ubahsuai

“Pohon doakan sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 ElewsMart dan ‘DC’ kami sedang ‘renovate’.

“Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. Tiga restoran Paramount Coffee House, Butik Elews jadi kena tiba-tiba ‘mart’.

“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan, saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan.

“Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga, saya nak buat ‘food bank’ dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan,” katanya.

Menurut Ustaz Ebit, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau membeli makanan tiga lori besar dan proses agihan selama tiga hari sahaja.

“Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

“Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ya semua,” katanya.

Dalam pada itu katanya, 10 cawangan ElewsMart akan dibuka di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here