Dua beradik jangkitan terbaharu Covid-19 di Sabah

0
219
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Dua kes baharu positif Covid-19 di daerah Tuaran, dilaporkan semalam membabitkan adik-beradik yang tinggal satu rumah.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata, dua kes berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.

“Mereka dikesan mempunyai kontak rapat dengan kes positif sebelum ini.

“Siasatan awal menunjukkan kemungkinan jangkitan tersebut berlaku disebabkan aktiviti luar berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan agar kita dapat mengenalpasti punca sebenar jangkitan bagi kes ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Christina menambah, kedua-dua kes terbabit sudah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabrth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, aktiviti kawalan dan pencegahan turut dipertingkatkan di lokasi kediaman pesakit berkenaan termasuklah lokasi-lokasi lain yang dikenalpasti.

Sebelum ini, Sabah merekodkan sebanyak 353 kes semalam dengan pertambahan dua kes baharu. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here