Dua kedai dikendali warga asing diarah tutup

0
486

Sebuah kedai runcit dikendali warga asing diarahkan tutup

CYBERJAYA – Dua buah kedai yang dikendalikan oleh warga asing di ibu negara diarahkan tutup serta-merta selepas didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Sekyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kekuatan seramai lima anggota, dua tindakan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan di sekitar Parlimen Segambut hari ini.

“Tindakan pertama adalah terhadap kedai runcit SHB Trading (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di nombor 50 tingkat bawah Plaza Sinar, Jalan 8/38D Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur.

“Dan tindakan kedua pula dilakukan terhadap kedai gunting rambuat di nombor 42 Blok A Plaza Sri Sinar, Jalan 8/38D Taman Sri Sinar Segambut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah kedai gunting rambut dikendali warga asing diarahkan tutup

Dalam pada itu, DBKL meminta orang ramai yang mempunyai maklumat perniagaan dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran untuk menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here