Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang

0
70
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengesan dua kes Japanese Encephalitis (JE) di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan.

Kenyataan JKNPP itu bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci kes berkenaan.

JKNPP berkata, semua fasiliti kesihatan telah mengambil langkah waspada dan meningkatkan kesiap siagaan dalam pengesanan kes baharu JE khususnya daripada lokaliti Sungai Bakap dan amnya daerah Seberang Perai Selatan (SPS) bagi membendung wabak tersebut.

“Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018.

“Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes-kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit itu,” menurut kenyataan itu.

Katanya, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS telah melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom bermula 12 Mei lepas.

“Simptom JR adalah seperti demam, sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi.

“Kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus juga akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa,” katanya.

JKNPP turut menasihatkan orang ramai mengambil langkahÄ· menghentikan penularan penyakit JE antaranya melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

“Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here