Dua tapak pembinaan diarah tutup

0
252

CYBERJAYA – Dua tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauam pematuhan SOP itu dilakukan oleh CIDB semalam di 191 tapak binaan di seluruh negara melibatkan 193 penguat kuasa.

“Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 101 tapak binaan telah patuh SOP ditetapkan manakala tujuh tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.

“Dua tapak binaan diarah tutup dan baki 81 tapak binaan tidak beroperasi,” katanya.

Ismail Sabri memaklumkan, jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB sehingga hari ini adalah 6,750 tapak binaan.

“Daripada jumlah itu, 1,312 tapak binaan didapati mematuhi SOP dan 295 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran,” katanya.

Sementara itu katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu telah melakukan 7,609 operasi Ops Sanitasi Awam melibatkan 132 zon.

“Sebanyak 11,135 premis telah disanitasi terdiri daripada 2,645 pusat
perniagaan, 4,212 bangunan kerajaan, 1,583 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,343 tempat awam dan 352 pasar raya.

“Semalam, sebanyak 77 operasi sanitasi meliputi 50 Zon di 12 buah negeri antaranya Sabah (14 operasi), Melaka (14 operasi) dan Sarawak (13 operasi),” katanya. -MT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here