Elakkan jadi mangsa penipuan penjualan topeng muka

0
385

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 572 kertas siasatan berkenaan penipuan penjualan topeng muka yang melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM5.5 juta bermula dari 18 Mac sehingga semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanyakan kes penipuan itu melibatkan jual beli di platform media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.

“Negeri-negeri yang mencatatkan kertas siasatan tertinggi adalah 122 di Selangor dan masing-masing 68 di Johor serta Pulau Pinang.

“Daripada jumlah itu PDRM telah menangkap 181 individu dan 53 individu lagi telah dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat pembelian seperti ini di dalam talian.

“Elakkan berurusan di laman web yang mencurigakan dan semak ulasan serta komen daripada pembeli lain.

“Jangan sekali-kali terpedaya dengan tawaran murah.
Kalau diikutkan topeng muka sudah boleh diperoleh dengan mudah di merata-rata termasuk farmasi dan sebagainya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here