Eropah benarkan penggunaan remdesivir rawat pesakit Covid-19

0
117
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Badan yang mengawal selia perubatan kesihatan Eropah akan memberi kebenaran bersyarat terhadap penggunaan remdesivir dalam merawat pesakit Covid-19.

Menurut laporan The Guardian, Agensi Perubatan Eropah menyarankan penggunaan antivirus yang dikeluarkan oleh Gilead Sciences Inc itu ke atas pesakit berumur 12 tahun ke atas dan mempunyai masalah pneumonia dan memerlukan bantuan oksigen.

Antivirus yang dipasarkan sebagai Veklury ini bukanlah ubat bagi merawat Covid-19, tetapi mampu merawat pesakit yang mempunyai komplikasi setelah dijangkiti koronavirus tersebut.

Ujian klinikal ke atas manusia April lalu mendapati, pesakit yang diuji dengan ubatan ini pulih 31 peratus lebih cepat jika dibandingkan dengan pesakit yang diberi plasebo.

Pada masa yang sama, saintis turut percaya remdesivir mampu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pesakit dengan hanya 8 peratus pesakit yang diuji meninggal dunia, berbanding 11 peratus dalam kumpulan yang diberi plasebo.

Pensampelan ujian ini dilakukan ke atas 1,000 peaakit kritikal di 75 buah hospital di seluruh dunia.

Buat masa ini, penggunaan remdesivir hanya dibenarkan bagi tujuan kecemasan ke atas pesakit kritikal di Amerika Syarikat, India dan Korea Selatan, dengan hanya Jepun memberi kebenaran penuh terhadap penggunaannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here