Fateh Watches hasil tangan anak Melayu

0
2062
Fateh Watches menggunakan teknologi Swiss dengan menggunakan jarum arah tawaf atau anti clock wise

RAUDHAH CITY – Siapa kata anak Melayu tidak mampu menghasilkan jam berkualiti setanding dengan jenama dunia.

Mungkin agak asing dengar jenama Fateh Watches tetapi jenama jam tersebut diasaskan oleh seorang usahawan Muslim iaitu Zainal Mohd. Ali.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim, pihaknya akan membantu Fateh Watches untuk mengembangkan jenama jam mereka.

Mohd. Fadzil Hashim (kiri) bersama pengasas Fateh Watches Zainal Mohd. Ali (dua dari kiri) di Malakat Mall, Cyberjaya.

Menurut beliau, pihaknya bersetuju menjadi pengedar eksklusif Fateh Watches dan akan membina kiosk jenama jam itu di Malakat Mall.

“Saya cukup kagum dengan cerita pengalaman Pengasas Fateh Watches, Haji Zainal Mohd. Ali.

“Berpengalaman selama 40 tahun dalam dunia jam tangan. Mendapat pengalaman luas latihan di Switzerland dan sangat mahir dengan teknologi jam Swiss.

“Pernah bekerja membuat jam tangan Tag Heuer, Patek Philippe dan juga di kilang jam di China,” katanya menerusi hantaran akaun Facebook milik beliau hari ini.

Antara koleksi Fateh Watches yang dihasilkan oleh Zainal Mohd. Ali.

Menurut beliau, Fateh Watches menggunakan teknologi Swiss dengan menggunakan jarum arah tawaf atau anti clock wise.

“Doakan Fateh Watches dapat dibantu menjadi jenama pilihan utama pengguna dunia!,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here