Hati-hati beli produk makanan keluaran bukan Muslim – Cikgu Izzat

0
391
Cikgu Izzat

CYBERJAYA – Orang ramai khususnya umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membeli produk keluaran bukan usahawan BMF yang dijual dengan harga yang murah.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Noor Izzat Johari berkata, beberapa serbuan yang dilakukan terhadap premis makanan kotor yang dimiliki bukan Islam sejak kebelakangan ini membuktikan soal kebersihan langsung tidak dititikberatkan oleh mereka.

“Umat Islam sendiri kata produk Muslim mahal, membebankan dan susah dapat. Produk bukan Islam murah, jimat dan mudah dapat

“Realiti sebenarnya, produk bukan Muslim kotor, jijik dan tidak berkualiti.

“Produk Muslim pula mementingkan kebersihan, halal toyibban dan berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata demikian sebagai mengulas serbuan yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap sebuah kilang memproses mi di Segambut semalam.

Dalam serbuan itu, penguatkuasa DBKL mendapati keadaan premis tersebut sangat kotor dan menjijikkan sehingga diarahkan tutup.

Keadaan kotor kilang memproses mi yang diserbu DBKL semalam

Sementara itu, Cikgu Izzat menyeru kepada seluruh umat Islam supaya berhenti daripada memberikan pelbagai alasan untuk tidak membeli produk keluaran Muslim.

Beliau berkata, jika umat Islam mahukan harga produk keluaran BMF berpatutan, semua pihak harus memberikan sokongan supaya usahawan terbabit dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti produk masing-masing.

“Hentikan beralasan produk Muslim mahal kerana jika anda tidak mulakan langkah untuk istiqamah, bagaimana produk Muslim boleh memberikan harga terbaik?

“Kepada pemilik produk Muslim, terus istiqamah menjaga kualiti produk. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan. Bayar zakat perniagaan dan berikan perkhidmatan terbaik,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here