Ikmalrudin Setiausaha SPR baharu

0
149
Mohd. Zaki Ali (kiri) menyerahkan surat lantikan Setiausaha SPR kepada Ikmalrudin Ishak di Putrajaya. – Gambar Twitter MOHD. ZAKI ALI

CYBERJAYA – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha badan itu berkuatkuasa 5 Jun lalu menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, Ikmalrudin yang berusia 49 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sosiologi/Antropologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut beliau, Ikmalrudin telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun dengan jawatan pertama disandang sebagai Penolong Pengarah (Jabatan Agama Islam) di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Mac 1996.

“Semoga dengan pelantikan ini beliau akan memimpin Urusetia SPR dalam merancang, penyelaras dan melaksanakan dasar-dasar ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak kerajaan kepada Datuk Mohamed Elias atas jasa serta khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam negara selama 37 tahun,” katanya dalam kenyataan menerusi ciapan Twitter milik beliau hari ini.

Ikmalrudin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, perolehan, pengurusan Parlimen dan urusan pilihan raya.

Ia termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan Parlimen), Timbalan Setiausaha (Pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya) dan Pengarah SPR Selangor. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here