
CYBERJAYA – Semua individu yang sedang menjalani proses kuarantin wajib di rumah diingatkan supaya sentiasa memakai gelang tangan pengesanan Covid-19 sepanjang tempoh 14 hari menjalani proses kuarantin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga dilarang memotong gelang tersebut kerana ia adalah satu kesalahan mengingkari kuarantin wajib.
“Walaupun berada di rumah, mereka tidak boleh memotongnya sehingga tarikh akhir 14 hari kurantin berkenaan.
“Selepas melalui saringan pada hari ke 13, mereka akan melalui saringan sekali lagi dan selepas didapati negatif baharu individu terbabit dibebaskan untuk keluar dan gelang tangan berkenaan dipotong,” katanya.
Tambahnya, kesalahan mengingkari kuarantin wajib adalah kompaun RM 1,000 atau dihadapkan ke mahkamah.-MBNews