Indonesia lobi Arab Saudi dapatkan kuota haji lebih besar tahun depan

0
213
Gambar hiasan

JAKARTA – Indonesia akan melobi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota haji yang lebih besar pada tahun depan berikutan keputusan negara itu membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Memetik laporan Agensi seperti dipetik MalaysiaGazzate, Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi berkata, kerajaan Indonesia akan cuba sebaik mungkin untuk melobi dengan menggunakan pelbagai alasan.

“Arab Saudi memahami keadaan Indonesia berdasarkan ia merupakan antara negara yang mempunyai bilangan jemaah haji terbesar,” kata Fachrul seperti dipetik kompas.com.

Indonesia pada awalnya merancang menghantar 221,000 jemaah haji.
Kementerian Hal Ehwal Agamanya merekodkan hampir 180,000 jemaah haji telah membayar perjalanan berjadual mereka.

Bagaimanapun kementerian itu memutuskan untuk membatalkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini berikutan penularan Covid-19.

Sementara itu, menurut Jakarta Post, Arab Saudi masih belum membuat keputusan mengenai  penggantungan umat islam mengerjakan umrah dan haji dan ini tidak memberi masa yang mencukupi kepada kerajaan Indonesia untuk menyediakan langkah-langkah perlindungan.

Fachrul berkata, kementeriannya akan cuba mendapatkan lebih banyak kuota jemaah haji walaupun ia sukar dilakukan kerana perkara tersebut ditentukan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here