
CYBERJAYA – Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma kepada pengguna.
Inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan diberikan sehingga 31 Disember depan bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
“Pengguna akan dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web kerajaan serta aplikasi Covid-19 kerajaan, khususnya MySejahtera.
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua jenis perniagaan menghadapi pelbagai cabaran sehingga penutupan ekonomi selama dua bulan telah menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai termasuk untuk membayar gaji pekerja dan sewa premis,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.