Islam galak umatnya cari jalan perkasakan ekonomi

0
181

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Masyarakat digesa terus menyokong usaha memperkasakan ekonomi umat Islam melalui kempen membeli barangan Muslim.

Seorang pelanggan Raudhah Grocer, Mohamad Md. Yusof, 63, berkata, Islam menuntut umatnya mencari jalan memperkasa ekonomi dengan membekalkan produk buatan sendiri.

Mohamad Md. Yusof,

Menurutnya, dia sendiri berbangga apabila pertama kali melihat produk-produk Muslim di Raudhah Grocer yang sebelum ini tidak pernah dilihat ditempat lain.

“Saya mencadangkan kerajaan terus bantu menggalakkan lebih banyak lagi premis menjual produk Muslim dibuka.

“Macam saya hari ini datang dari Sungai Udang, Klang semata-mata mahu melihat sendiri apa yang ada di sini, ternyata kebanyakan produk memang tidak pernah saya jumpa,” katanya kepada MBNews.

Bagi Mohd. Sharuddin Sabari, 41, dari Cheras, walaupun pertama kali menjejakkan kaki di pusat perniagaan milik Muslim itu, beliau terkejut dengan kepelbagaian produk Bumiputera yang ada.

Mohd. Sharuddin Sabari

Katanya, siapa lagi yang boleh mempengaruhi kekuatan ekonomi Islam itu jika bukan orang Muslim sendiri.

“Hari ini saya dapat beli barangan dapur tanpa melihat buatan daripada siapa.

“Alhamdulillah saya seronok apabila sampai ke sini lebih-lebih lagi sebelum ini berkali-kali lihat promosi produk Muslim dalam media sosial,” katanya yang mengakui suasana pusat beli belah Malakat Mall masih lagi sunyi tetapi percaya bakal menjadi tumpuan ramai tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sebagai pelanggan baharu, dia mengharapkan lebih banyak lagi pasar raya seumpama ini dibuka bagi memudahkan orang ramai mengenali produk Buy Muslim First (BMF).

Jelasnya, lebih ramai menyokong ekonomi umat Islam lebih banyak kejayaan pengusaha Muslim dalam perniagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here