Isu arak: Pemimpin Muslim usah takut, cepat mengalah

0
148
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, pemimpin Muslim berbangsa Melayu tidak harus gentar dan mengalah dengan ugutan politik.

Menurutnya, dalam mendepani isu arak yang hangat dibincangkan masyarakat ternyata minuman keras itu adalah ibu kepada segala kejahatan sama ada kepada orang Melayu, Cina, India dan apa jua bangsa di dunia.

“Daripada arak lahirnya pemabuk yang memandu, pemabuk yang mencederakan ahli keluarga, pemabuk yang berzina dan merogol.

“Peminum arak merosakkan kesihatan mental dan fizikal diri serta menyusahkan masyarakat dan negara,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Zainur Rashid berkata, tiada agama di dunia yang membenarkan arak, apatah lagi ia jelas diharamkan dalam al-Quran yang telah termaktub sejak 1400 tahun lalu.

Katanya lagi, beliau mengajak rakyat untuk bersama membina Malaysia yang baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here