‘Itu pertemuan peribadi’

0
609
Gambar pertemuan ADUN Bersatu dan PKR yang menimbulkan spekulasi.

BATU PAHAT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd. Khuzzan Abu Bakar mengesahkan gambar yang menunjukkan wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR duduk semeja telah dirakam pada akhir Mei lalu.

Memetik laporan Sinchew Daily seperti dipetik MalaysiaGazzate, Mohd. Khuzzan memberitahu gambar yang mencetuskan spekulasi mengenai keadaan politik di Johor itu hanya merupakan perjumpaan peribadi.

Selain Mohd. Khuzzan (ADUN Semerah, PKR), wakil rakyat dalam gambar itu termasuk Md. Ysahruddin Kusni (ADUN Bukit Naning, PKR) serta tiga ADUN Bersatu iaitu Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai), Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Bukit Kepong dan bekas Menteri Besar) dan Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (Permas).

Pelbagai spekulasi kedengaran di Johor termasuk mengenai kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan negeri sekali lagi.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat terus berlaku.

Sinchew Daily melaporkan, Kerajaan Negeri Johor akan bertukar tangan jika dua atau lebih wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bertukar haluan.

Sumber memberitahu, Pakatan Harapan (PH) telah mendekati ADUN Bersatu sejak Mac lalu dan ada yang sudah menunjukkan keinginan untuk ‘kembali’.

Malahan pihak berkenaan bersetuju dengan formula pengagihan jawatan Exco iaitu mengikut agihan sebelum pengambilalihan kuasa oleh PN.

Penentuan untuk portfolio Exco bagaimanapun belum diputuskan. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here