Jemaah solat fardu 5 waktu kian berkurangan

0
235

PUTRAJAYA – Jumlah jemaah yang mengimarahkan solat fardu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) kini berkurangan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Imam MTMZA, Ustaz Hamdan Muhamad kepada Malakat Tribune hari ini.

Beliau berkata, walaupun sudah dibenarkan untuk solat di masjid dan surau, orang ramai tidak mengambil kesempatan itu.

“Untuk solat fardu kita sudah buka seperti biasa tetapi kurang mendapat sambutan. Dahulu jika Zohor kita dapat tiga saf, kini hanya satu saf.

“Saya menyeru agar masyarakat sekitar kembali mengimarahkan masjid-masjid bagi mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan sekarang.

“Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita tidak dapat tunaikan solat di Masjid tetapi sekarang sudah boleh, jadi datang lah.

“Nikmat Allah berikan kepada kita patut disyukuri, bila berjemaah kita juga dapat panjangkan doa kehadrat ilahi untuk kesejahteraan bersama,” katanya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here