Kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan selewat-lewatnya 30 Jun

0
267

CYBERJAYA- Pembayar cukai pendapatan yang belum mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka bagi Tahun Taksiran (TT) 2019 masih berpeluang mengemukakannya sehingga hujung bulan ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataannya hari ini, memberikan peringatan kepada mereka yang tergolong dalam kategori tidak menjalankan perniagaan supaya berbuat demikian selewat-lewatnya 30 Jun ini.

“Sebagai panduan mengemukakan BNCP ini, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 yang boleh dicapai menerusi http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_1.pdf ,” katanya.

Menurut LHDN, bagi pembayar cukai individu pula, pihaknya turut menyediakan senarai pelepasan cukai bagi 2019 bagi membantu mereka mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelepasan cukai yang boleh dituntut ketika mengisi BNCP.

“Senarai pelepasan cukai itu boleh diakses di portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my > Individu > Pelepasan Cukai.

“Sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 2,175,596 borang nyata cukai bagi TT 2019 diterima oleh LHDN daripada pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan.

“Daripada jumlah itu, pengemukaan secara e-Filing adalah sebanyak 2,139,360 atau merangkumi 98.33 peratus dan selebihnya adalah pengemukaan secara manual (borang kertas),” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDN dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, bagi membantu LHDN memproses setiap bayaran balik cukai terlebih bayar dengan lancar, adalah dinasihatkan semua pembayar cukai mengisi maklumat yang tepat serta terkini dalam BNCP mereka.

“Antara maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk kelancaran proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftaran pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan),” katanya.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNMatau menghubungi LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat, Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas dan Facebook dan Twitter rasmi LHDN.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here