Kenduri kahwin, majlis sosial dibenarkan dianjurkan

0
204
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan majlis sosial termasuk majlis kenduri kahwin dianjurkan bermula 1 Julai ini.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran majlis itu perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Majlis sosial yang dibenarkan ini merangkumi kenduri majlis perkahwinan atau pertunangan, majlis aqiqah atau doa selamat tahlil, majlis sambutan ulang tahun atau hari jadi, ‘reunion’ dan lain-lain.

“Majlis sosial ini dibenarkan untuk diadakan selama 3-5 jam tertakluk kepada penganjuran dan kapasiti tidak lebihdaripada 250 individu bagi satu-satu masa,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kapasiti itu juga tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial.

Katanya, makanan majlis pula perlu dihidang secara bufet dan menyediakan khidmat peramusaji untuk menghidangkan makanan.

Selain itu, katanya, kaunter saringan kesihatan juga perlu diletakkan dipintu masuk untuk
memastikan bilangan kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala.

“Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk. Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka.

“Penganjur majlis mesti mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk rekod sekiranya berlaku kes jangkitan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menasihatkan supaya tidak menganjur majlis yang sukar untuk mengawal keadaan terutamanya melibatkan jumlah yang ramai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here