Kerana keamanan itu mahal harganya!

0
159
Gambar hiasan.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Di sebalik Amerika Syarikat berjuang menentang wabak Covid-19, negara itu kini terpaksa berdepan dengan satu ancaman itu rasis.

Penulis maksudkan kejadian yang berlaku baru-baru ini apabila negara itu tercetus rusuhan berpunca daripada kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd ketika ditahan oleh pihak polis. 

Tindakan polis itu juga dilihat tidak berkemanusiaan terhadap mangsa walaupun lelaki itu meminta untuk dilepaskan berulang kali namun tidak endahkan. 

Kematian lelaki itu dilihat menjadi punca kepada penduduk Amerika Syarikat mula merusuh menuntut keadilan ke atas mangsa yang menganggap anggota polis tidak profesional ketika menjalankan tugas.

Malah tindakan itu juga turut menerima kritikan daripada pegawai dan anggota polis dari negeri lain yang menganggap ia adalah perbuatan tidak keperimanusiaan.

Jika diteliti perkembangan rusuhan di AS membuatkan penulis bersyukur kerana rakyat Malaysia lebih bertamadun dan berdisplin berbanding dengan banyak negara maju dari aspek ini. 

Gambar hiasan.

Ini kerana, di negara Uncle Sam itu, rakyatnya bukan sahaja merusuh malah mereka turut melakukan kerosakkan harta benda awam malah mencuri pelbagai jenis barangan daripada kedai. 

Jika mahu dibandingkan dengan Malaysia mungkin perhimpunan BERSIH pada beberapa tahun lalu dengan beberapa insiden kereta polis dirosakkan dan diterbalikkan serta harta awam dirosakkan namun ia kecil berbanding dengan apa yang dilakukan oleh rakyat Amerika itu sendiri. 

Pelbagai kerosakkan telah berlaku akibat rusuhan termasuk kerugian perlu ditanggung  apabila barangan mereka dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab

Keganasan mahupun kezaliman dan rasis yang berlaku terhadap rakyat berkulit hitam sebenarnya sudah lama berlaku sehingga menyemarakkan kempen #blacklivesmatter ke seluruh negara Amerika 

Malah, Presiden Amerika, Donald Trump memberi amaran dengan menurunkan angkatan tentera bagi mengawal rusuhan dibeberapa negeri yang kian meruncing setiap hari. 

Perlu diingat bahawa apa yang berlaku oleh George Floyd gambaran kepada keganasan yang dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin setiap hari. 

Namun tiada siapa yang ambil peduli dengan nasib rakyat Palestin  apabila menjadi mangsa keganasan Zionis setiap hari. 

Malah, negara-negara maju bagaikan tutup mata mereka dengan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis sehinggakan mereka bebas melakukan sesuka hati termasuk membunuh rakyat Palestin. 

Andai kata jika tindakan kejam Zionis ini mendapat perhatian daripada negara maju, pastinya rakyat Palestin tidak akan menderita sehingga kini. 

Gambar hiasan.

Jangan jadikan negara kita seperti Amerika Syarikat mulai berpecah-belah kerana isu rasis sebaliknya jaga ia dengan sebaik mungkin. 

Untuk memastikan negara aman adalah tanggungjawab semua warganegara, bukan tugas satu pihak sahaja tetapi semua orang perlu bekerjasama bersama-sama menjaga keamanan kita. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here