Kes demam denggi dijangka meningkat

0
189
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan bakal berlaku peningkatan kes demam denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September ini berdasarkan trend kes selama lima tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan mula dilaksanakan pada 10 Jun ini apabila lebih banyak sektor ekonomi, aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan dan perniagaan bakal dibuka.

Katanya, ia berkemungkinan kebanyakan tempat ini yang lama tertutup dan tiada pergerakan orang ramai lalu berisiko menjadikannya tempat pembiakan nyamuk.

“Sehubungan itu, orang ramai disaran supaya mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di mana takungan air dan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

“Usaha membanteras nyamuk Aedes dan demam denggi adalah tanggungjawab kita semua, sepertimana juga masyarakat telah berganding bahu bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham.

Dr Noor Hisham berkata, daripada Januari lalu sehingga 6 Jun ini, 48,584 kes demam denggi dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh sama pada 2019, iaitu penurunan 11 peratus.

“Tren penurunan kes demam denggi ini turut dilihat di kebanyakan negara Asean yang lain namun begitu, sejak enam minggu yang lepas didapati kes demam denggi mulai menunjukkan tren peningkatan secara berterusan; iaitu dengan purata peningkatan sebanyak lapan peratus setiap minggu.

“Sepanjang tempoh yang sama bagi tahun ini juga, 84 kematian kes denggi dilaporkan berbanding 83 kes pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap 84 kes kematian demam denggi dalam tahun ini, didapati 11 peratus telah lewat mendapatkan rawatan, iaitu tiga hari selepas bermulanya gejala. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here