Kes demam denggi tidak dipinggirkan

0
110
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengabaikan pencegahan, pemantauan dan rawatan demam denggi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengabaikan pencegahan, pemantauan dan rawatan demam denggi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, statistik kes demam denggi untuk lima bulan pertama tahun ini juga menunjukkan angka penurunan yang ketara.

“Berdasarkan statistik, kes demam denggi lebih rendah tahun ini iaitu 46,938 kes berbanding 53,187 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“KKM tidak pernah berhenti melakukan pemantauan, pencegahan dan rawatan denggi dengan kempen membanteras terus berjalan seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, berdasarkan statistik itu menunjukkan petanda yang baik apabila kes denggi yang dilaporkan semakin menurun.

Dr. Noor Hisham.

“Usaha pencegahan kes denggi akan terus dijalankan dan sokongan awam sangat diperlukan.

“Kita turut menasihatkan orang awam menggunakan waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membersihkan kediaman dan kawasan komuniti masing-masing sebagai mencegah kes denggi,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here