Kilang proses yong tau fu menjijikkan di Pudu diarah tutup

0
585
Yong tau fu yang sedang diproses dibiarkan terdedah dan disediakan dalam keadaan kotor

CYBERJAYA – Sebuah kilang membuat yong tau fu di Pudu, Kuala Lumpur diarahkan tutup kerana didapati berada dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan, pemeriksaan di premis yang terletak di Jalan Brunei Selatan itu dibuat hari ini oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Bahan-bahan yang disimpan dalam peti sejuk dalam keadaan kotor dan tidak kemas

“Hasil pemeriksaan yang dianggotai oleh seramai enam orang petugas mendapati keadaan premis mempunyai urungan lipas, lantai serta dinding proses penyediaan kotor dan berdaki hitam.

“Selain itu juga didapati premis itu tiada menyediakan tempat pencucian peralatan dan kerja mencuci pula dibuat di atas lantai,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut DBKL, pihaknya turut mendapati makanan yang telah dimasak dibiarkan terdedah manakala peti sejuk berada dalam keadaan kotor dan tidak kemas.

Keadaan tempat memproses yong tau fu yang kotor dan menjijikkan

Pada masa sama, katanya, pihaknya mendapati tempat penyimpanan bahan mentah turut berada dalam keadaan kotor.

“Sehubungan dengan itu, tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa esok telah dikeluarkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here