KKM Kesan kluster IPD Gombak

0
286

CYBERJAYA- Kluster baharu Covid-19 dikesan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak membabitkan lima kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu membabitkan kakitangan di IPD dengan pertambahan satu lagi kes baharu hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya akan terus melaksanakan aktiviti kesihatan awam iaitu dengan mengasingkan mereka yang positif ke hospital dan diberi rawatan.

“Manakala kontak rapat juga akan dikuarantinkan. Kita akan melaksana penyaringan kepada kakitangan IPD,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, Covid-19 sememangnya berada dalam masyarakat tetapi persoalannya bagaimana hendak elak dijangkiti.

“Sebab itulah kita saran agar patuh kepada SOP (Prosedur Operasi Standard) dan amalkan penjarakan sosial,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here